KELEBIHAN
MENUTUP AURAT
SALAM..
siapa kata menutup aurat ni xde
kelebihan...setiap yg peraturan yang diaturkan oleh Allah memiliki kelebihannya
tersendiri..termasuklah dalam bab menutup aurat dengan sempurna...saya ulang
MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA..antara kelebihan menutup aurat adalah :
1. Selamat dari azab Allah
s.w.t (azab neraka)
“Ada dua macam penghuni Neraka yang tak
pernah kulihat sebelumnya; sekelompok lelaki yang memegang cemeti laksana ekor
sapi, mereka mencambuk manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian
namun telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip
punuk unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk syurga dan
tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau syurga itu tercium dari jarak yang
jauh” (HR. Muslim).
Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan
bahwa yang dimaksud dengan “Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang”
ialah mereka yang menutup sebahagian tubuhnya dan menampakkan sebagian lainnya
dengan maksud menunjukkan kecantikannya dan inginkan perhatian di khalayak
ramai…
2. Terhindar dari masalah
MAKSIAT
Banyaknya maksiat terhadap kaum wanita
adalah akibat tingkah laku mereka sendiri. Kerana wanita merupakan fitnah
(godaan) terbesar. Sebagaiman sabda Nabi Muhammad s.a.w, “Sepeninggalanku
nanti,tidak akan wujud fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada
wanita.” (HR. Bukhari)
Jikalau wanita pada zaman Rasul
merupakan fitnah terbesar bagi lelaki padahal wanita pada zaman ini konsisten
terhadap jilbab mereka dan tak banyak lelaki jahat saat itu, maka bagaimana
wanita pada zaman sekarang??? Tentunya akan menjadi target masalah ini. Hal ini
telah terbukti dengan tingginya masalah di negara-negara Eropah
(wanitanya tidak berjilbab).Sudahkah anda lupa,Amerika Syarikat misalnya,setiap
hari,terlalu banyak kes-kes jenayah sehingga akhbar tempatan Negara tersebut
sudah bosan menulis berita perkara yang sama,tetapi nama penjenayah yang
berbeza setiap hari.
3. Memelihara kecemburuan
lelaki
Sifat cemburu adalah sifat yang
telah Allah s.w.t tanamkan kepada hati lelaki agar lebih menjaga harga diri
wanita yang menjadi mahramnya. Cemburu merupakan sifat terpuji dalam
Islam.
“Allah itu cemburu dan orang
beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah apabila seorang mukmin menghampiri
apa yang diharamkan-Nya.” (HR. Muslim)
Bila jilbab ditanggalkan, rasa cemburu
lelaki akan hilang. Sehingga jika terjadi masalah maksiat tidak ada yang akan
membela wanita yang TIDAK BERJILBAB SEPENUHNYA.Perlukah saya
buktikan???Buktinya,lihatlah pada artis-artis yang anda puja selama ini,mereka
sering menghadapi konflik rumah tangga kan???kerana mereka suka mendedahkan
diri di khalayak ramai dan suka menayangkan bentuk tubuh mereka.Seksilah
kononnya...INGATLAH!!!Hari ini anda SEKSI(tidak menutup sepenuhnya bentuk tubuh
anda),tetapi pada hari perhitungan anda bakal menerima SEKSANYA.....
4. Wanita BERJILBAB umpama
biadadari syurga
“Dalam syurga itu ada
bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tak pernah disentuh
seorang manusia atau jin pun sebelumnya(masih suci dan kekal dara).” (QS.
Ar-Rahman: 56)
“Mereka laksana permata yakut dan
marjan.” (QS. Ar-Rahman: 58)
“Mereka laksan telur yang
tersimpan rapi(tidak pernah diganggu oleh sesiapa pun).” (QS. Ash-Shaffaat: 49)
Dengan berjilbab, wanita akan memiliki
sifat seperti bidadari syurga iaitu menundukkan pandangan, tak pernah disentuh
oleh yang bukan mahramnya, yang sentiasa di rumah untuk menjaga kehormatan
diri. Wanita inilah merupakan perhiasan yang amatlah berharga.
Dengan berjilbab, wanita akan memiliki
sifat seperti bidadari syurga...Anda tidak mahu ini semua??kerana apa???
5. Mencegah penyakit kanser
kulit
Kanser adalah sekumpulan penyakit yang
menyebabkan sebahagian sel tubuh berubah sifatnya. Kanser kulit adalah tumor-tumor
yang terbentuk akibat kekacauan dalam sel yang disebabkan oleh penyinaran
cahaya, zat-zat kimia, dan sebagainya.
Penelitian kajian menunjukkan kanser
kulit biasanya disebabkan oleh sinar Ultra Violet (UV) yang menyinari wajah,
leher, tangan, dan kaki. Kanser ini banyak menyerang orang berkulit putih,
sebab kulit putih lebih mudah terbakar matahari.Wanita memiliki daya tahan
tubuh lebih rendah daripada laki-laki. Oleh itu, wanita lebih mudah
terserang penyakit khususnya kanser kulit.
Disebabkan itu, cara untuk melindungi
tubuh dari kanser kulit adalah dengan menutup kulit. Salah satunya dengan
berjilbab. Karena dengan berjilbab, kita melindungi kulit kita dari sinar UV.
Melindungi tubuh bukan dengan memakai kerudung gaul dan baju ketat. Kenapa?
Karena hal itu percuma saja. Karena sinar UV boleh menembus pakaian yang ketat
apatah lagi pakaian yang jarang. Berjilbab disini haruslah sesuai kriteria
jilbab iaitu pakaian yang tebal dan menutup seluruh bentuk tubuh anda.
6. Melambatkan gejala penuaan
Penuaan adalah proses semula jadi yang
sudah pasti dialami oleh semua orang iaitu lambatnya proses pertumbuhan dan
pembelahan sel-sel dalam tubuh. Gejala-gejala penuaan antara lain adalah rambut
memutih, kulit keriput, dan lain-lain.Penyebab utama gejala penuaan adalah
sinar matahari. Sinar matahari memang penting bagi pembentukan vitamin D yang
berperanan penting terhadap kesihatan kulit. Namun, secara ilmiah dapat
dijelaskan bahawa sinar matahari merangsang melanosit (sel-sel melanin) untuk
mengeluarkan melanin, akibatnya rosaklah jaringan kolagen dan elastin. Jaringan
kolagen dan elastin berperanan penting dalam menjaga keindahan dan kelenturan
kulit.
Jilbab adalah kewajiban untuk setiap
muslimah.Krim-krim pelindung kulit pun tidak mampu melindungi kulit secara
total dari sinar matahari. Sehingga dianjurkan untuk melindungi tubuh dengan
jilbab.
Jilbab adalah kewajiban untuk setiap
muslimah. Dan jilbab pun memiliki manfaat. Ternyata bukan sekadar membawa
manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya. Jilbab bukan hanya
sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindung
dari penyakit kanser dan proses penuaan.
Perhatikan ayat ini betul-betul….
Ternyata jilbab bukan sekadar membawa
manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya.Jilbab bukan hanya sekadar
menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindung dari
penyakit kanser dan proses penuaan.Demikianlah Allah memberi kasih sayangnya
Tidak ada komentar:
Posting Komentar